Takrif

Musafir  yang terputus bekalan (perbelanjaan) dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari suatu tempat dan tujuannya yang diharuskan oleh syarak.

Kriteria

Iaitu perkara 1 dan mana-mana kriteria berikut:

  1. Beragama Islam dan bermastautin di Negeri Pahang.
  2. Tujuan musafir hendaklah tidak menyalahi hukum syarak.
  3. Musafir yang terputus bekalan dalam perjalanan dan/atau tidak dapat manfaah daripada hartanya untuk meneruskan perjalanan.
  4. Anak pungut yang tidak mendapat pembelaan dan perlindungan.

Konsep Agihan

  1. Membantu musafir hingga membolehkan mereka sampai ke destinasi.
  2. Membantu musafir untuk kembali ke negeri/negara asalnya.
  3. Membantu dari segi perlindungan, makan minum, keselamatan, serta tempat tinggal sementara.
  4. Membantu menyelesaikan masalah dan memberi keperluan setakat yang diperlukan.
  5. Peruntukkan semata-mata untuk usaha yang boleh membangunkan asnaf.

**Petikan daripada “Kertas Definisi Asnaf Zakat Kontemporari Menurut Syarak” di dalam Bengkel Hukum Syarak (Definisi Asnaf dan Konsep Agihan Zakat Menurut Perspektif Syarak), Kuantan,12 sehingga 14 Julai 2011.