Takrif

Ialah perjuangan, usaha dan  aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan atau meninggikan agama Islam.

Kriteria

Iaitu mana-mana perkara berikut:

  1. Orang beragama Islam atau institusi Islam atau ahlinya keseluruhannya .
  2. Aktiviti yang dilakukan menuju ke arah amar makruf dan nahi munkar.
  3. Aktiviti yang dilakukan mestilah dapat meningkatkan syiar Islam serta menjaga maruah Islam dan perlaksanaanya hendaklah mengikut syariat Islam.
  4. Usaha yang dilakukan hendaklah mestilah memberi pulangan kepada Islam.
  5. Aktiviti yang dilakukan mestilah tidak menjurus atau cenderung kepada perkara-perkara yang merugikan atau menjatuhkan imej Islam atau umat Islam.
  6. Usaha yang dilakukan adalah berbentuk membasmi kejahilan dan meningkatkan kefahaman dan intelektual Islam.
  7. Usaha membebaskan ummah daripada kongkongan ekonomi.
  8. Penyediaan prasarana atau kemudahan kepada pengembangan ilmu/kefahaman Islam.
  9. Usaha yang dilakukan mestilah dapat meningkatkan imej dan menjaga maruah Islam dan mengikut awlawiyat.

Konsep Agihan

  1. Memberi tumpuan dan keutamaan kepada usaha-usaha dakwah Islamiah.
  2. Membantu dan membiayai pembangunan asas institusi agama dengan syarat dipercayai ada usaha terlebih dahulu untuk mendapatkan bantuan daripada pihak kerajaan.
  3. Pembiayaan yang dipercayai boleh memberi pulangan yang baik kepada ummah.
  4. Membantu usaha menyebarkan dan pengembangan ilmu Islam atau syiar atau kefahaman Islam.
  5. Berbentuk usaha menjaga kemaslahatan ummah atau menolak kemudharatan kepada ummah.
  6. Pengagihan boleh dibuat bagi tujuan mencegah asnaf daripada berlakungan kemudharatan.
  7. Peruntukkan semata-mata untuk usaha yang boleh membangunkan asnaf.
  8. Pembiayaan/sumbangan perlulah berdasarkan keperluan dan tidak berlebihan.

**Petikan daripada “Kertas Definisi Asnaf Zakat Kontemporari Menurut Syarak” di dalam Bengkel Hukum Syarak (Definisi Asnaf dan Konsep Agihan Zakat Menurut Perspektif Syarak), Kuantan,12 sehingga 14 Julai 2011.