Takrif

Ialah orang yang baru memeluk Islam  yang diharapkan dengan pemberian agihan ini boleh menguatkan imannya dan/atau pemimpin bukan Islam yang berpengaruh yang berjinak-jinak dengan Islam.

Kriteria

Iaitu perkara 1 dan mana-mana perkara berikut :

  1. Bermastautin di Negeri Pahang.
  2. Disahkan memeluk Islam dan didaftarkan pengIslamannya oleh Majlis atau mana-mana institusi yang diiktiraf
  3. Ketua orang bukan Islam yang berpengaruh dan berjinak-jinak dengan Islam dan diharapkan dengan pemberian zakat akan menarik beliau kepada Islam dan mempengaruhi masyarakatnya kepada Islam.
  4. Saudara baru dan tanggungannya yang masih memerlukan bimbingan dan perlindungan.
  5. Orang bukan Islam yang yang cenderung kepada Islam dan diharapkan dengan pemberian bantuan dapat melembutkan hatinya menerima Islam.

Konsep Agihan

  1. Menguatkan akidah dan menambahkan pengetahuan muallaf kepada Islam.
  2. Memelihara keselamatan muallaf daripada ancaman musuh atau suasana yang boleh melemahkan keislamannya.
  3. Pengagihan dilakukan dalam tempoh bantuan yang ditetapkan dan juga berdasarkan keputusan Majlis.
  4. Pengagihan dibuat dalam bentuk bantuan kewangan/barangan atau manfaat.
  5. Peruntukan sara hidup atau perlindungan yang berbentuk sementara sehingga dipastikan boleh berdikari dan selamat akidahnya.
  6. Sebarang usaha dalam memelihara dan meneguhkan akidahnya.
  7. Peruntukkan semata-mata untuk usaha yang boleh membangunkan asnaf.

**Petikan daripada “Kertas Definisi Asnaf Zakat Kontemporari Menurut Syarak” di dalam Bengkel Hukum Syarak (Definisi Asnaf dan Konsep Agihan Zakat Menurut Perspektif Syarak), Kuantan,12 sehingga 14 Julai 2011.