Takrif

Orang Islam atau institusi yang dilantik oleh Majlis bagi mewakili KDYMM Sultan untuk menjalankan tugas-tugas pemungutan dan pengagihan zakat secara khusus.

Kriteria

  1. Orang Islam yang mukallaf atau institusi zakat yang diiktiraf/dilantik.
  2. Adil (tidak melakukan dosa besar, tidak berterusan perlakuan dosa kecil dan tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah atau kepercayaan umat Islam terhadap mereka).
  3. Berperibadi mulia, mesra dan boleh dipercayai.
  4. Amanah terutama terhadap harta zakat.
  5. Mendapat ganjaran(al-ujrah) hanya daripada zakat(bahagian amil).
  6. Menjalanakan tugas sebagai amil pungutan dan agihan.
  7. Lelaki atau perempuan yang terpelihara akhlak.
  8. Tidak cacat pancaindera yang boleh menjejaskan tugas sebagai amil.

Konsep Agihan

  1. Ganjaran yang diberikan adalah berdasarkan kerja yang dilakukan.
  2. Ganjaran yang diberi berdasarkan keperluan dalam pengurusan institusi amil termasuk pengurusan sumber manusia, pentadbiran, pemasaran, operasi, penyelidikan dan pembangunan sistem teknologi maklumat dana prasarana.

**Petikan daripada “Kertas Definisi Asnaf Zakat Kontemporari Menurut Syarak” di dalam Bengkel Hukum Syarak (Definisi Asnaf dan Konsep Agihan Zakat Menurut Perspektif Syarak), Kuantan,12 sehingga 14 Julai 2011.