Takrif

Ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan halal yang hanya boleh menampung 50% daripada  keperluan diri dan tanggungan tetapi tidak mencapai had kifayah.

Kriteria

Iaitu perkara 1 dan mana-mana kriteria berikut:

  1. Beragama Islam dan bermastautin di Negeri Pahang.
  2. Ada harta tetapi hasil tidak mencukupi keperluan diri dan tanggungan.
  3. Mempunyai pendapatan halal yang boleh menampung 50% keperluan diri dan tanggungan tetapi tidak mencapai had kifayah.
  4. Mendapat bantuan daripada mana-mana pihak tetapi tidak mencapai had kifayah.
  5. Wanita atau anak-anak yang hilang tempat bergantung atau teraniaya.
  6. Cacat atau sakit kronik yang berupaya menyara kehidupan tetapi tidak mencukupi had kifayah.
  7. Ada harta yang boleh menampung keperluan asasi dan boleh dimanfaatkan tetapi masih tidak mencukupi.
  8. Ditimpa bencana yang menyebabkan hilang tempat perlindungan dan terdesak bagi mencari keperluan diri dan tanggungan.

Konsep Agihan

  1. Meningkatkan taraf hidup dan mengeluarkan orang miskin daripada kategori asnaf.
  2. Menampung keperluan asasi sehingga mencukupi.
  3. Pengagihan dibuat dalam bentuk bantuan kewangan/barangan atau manfaat.
  4. Menjalan dan memajukan usaha-usaha pengembangan ekonomi/menjana dan berdikari.
  5. Membantu pendidikan anak-anak miskin.
  6. Membantu sebarang usaha untuk meningkatkan taraf hidup.
  7. Membantu kemiskinan sementara yang memerlukan dan mendesak.
  8. Membangunkan nilai kerohanian asnaf.
  9. Agihan semata-mata untuk usaha yang boleh membangunkan asnaf.

**Petikan daripada “Kertas Definisi Asnaf Zakat Kontemporari Menurut Syarak” di dalam Bengkel Hukum Syarak (Definisi Asnaf dan Konsep Agihan Zakat Menurut Perspektif Syarak), Kuantan,12 sehingga 14 Julai 2011.