Takrif

Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta atau pekerjaan atau ada pekerjaan tetapi tidak halal atau ada pendapatan tetapi tidak mencapai 50% daripada had kifayah untuk keperluan diri atau keperluan tanggungannya.

Kriteria

Iaitu perkara 1 dan mana-mana kriteria berikut :

  1. Beragama Islam dan bermastautin di Negeri Pahang.
  2. Mempunyai pekerjaan yang tidak halal dan berusaha mencari pekerjaan yang halal.
  3. Ada pendapatan tetapi tidak mencapai 50% had kifayah.
  4. Hilang keupayaan diri untuk bekerja dan menyara kehidupan diri dan tanggungan.
  5. Wanita atau anak-anak yang hilang tempat bergantung atau teraniaya.
  6. Tua/uzur/hidup sebatang kara/cacat yang tiada upaya untuk menyara hidup dan tiada tempat bergantung.
  7. Pesakit kronik yang memerlukan kos perubatan yang tinggi atau sakit kronik yang berpanjangan setelah diperakukan oleh doktor dan tiada sumber pendapatan yang mencukupi.
  8. Mendapat bantuan daripada mana-mana pihak tetapi tidak mencukupi 50% had kifayah.

Konsep Agihan

  1. Memajukan dan mengeluarkan fakir daripada kategori Asnaf Fakir.
  2. Menampung keperluan asasi sehingga mencukupi had kifayah.
  3. Pengagihan dibuat dalam bentuk bantuan kewangan/barangan atau manfaat.
  4. Menjalankan dan memajukan usaha pengembangan ekonomi dan kebajikan/berdikari.
  5. Membantu pendidikan anak-anak fakir.
  6. Membantu sebarang usaha meningkatkan taraf hidup dan juga pendidikan.
  7. Membantu kefakiran sementara dan mendesak.
  8. Membangunkan nilai kerohanian asnaf.
  9. Agihan semata-mata untuk usaha yang boleh membangunkan asnaf.

**Petikan daripada “Kertas Definisi Asnaf Zakat Kontemporari Menurut Syarak” di dalam Bengkel Hukum Syarak (Definisi Asnaf dan Konsep Agihan Zakat Menurut Perspektif Syarak), Kuantan,12 sehingga 14 Julai 2011.