DEFINISI;

Pada dasarnya wang simpanan bermaksud “wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, saham, saham amanah serta lain-lain bentuk simpanan”.

Antara contoh jenis-jenis wang simpanan:

• Simpanan di institusi perbankan
• Simpanan berbentuk pelaburan di institusi kewangan seperti Amanah Saham, Tabung Haji, KWSP, LTAT dan seumpama dengannya.
• Simpanan di rumah

Kaedah kiraan;

Simpanan Tetap
Zakat 2.5 % daripada keseluruhan simpanan tersebut

Simpanan Biasa
Zakat 2.5 % dari nilai terendah (cukup nisab) dalam tempoh setahun simpanan tersebut

ZAKAT WANG SIMPANAN KWSP / LTAT

Caruman wang simpanan pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau seumpamanya wajib dizakatkan apabila telah cukup syarat-syaratnya.

Zakat wajib dikeluarkan serta-merta apabila pencarum mengeluarkan wang tersebut (sama ada ketika bersara, membeli rumah dan sebagainya) dan jumlah pengeluaran tersebut mencapai atau melebihi nisab. Permulaan tarikh haul diambil kira apabila cukup nisab dari jumlah simpanan yang dicarum.