Definisi;

Secara asasnya zakat galian atau dikenali sebagai rikaz dan ma’adin adalah dari emas dan perak yang dijumpai oleh manusia dari perut bumi.

Pembahagian Zakat Galian;

1. Rikaz

Segala harta benda (emas dan perak atau seumpamanya) yang tersimpan di dalam bumi dan mempunyai tanda-tanda bahawa ia tersimpan sebelum kedatangan Islam sebagai contoh : harta karun

2. Ma’adin

Hasil galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair diproses dan menghasilkan logam galian atau dalam bentuknya sebagai contoh emas, perak, bijih besi, dan lain lain.

Syarat tambahan;

Tidak disyaratkan haul bahkan zakat wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi secara mencukupi nisab.

Kaedah kiraan;

1. Maadin;

Wajib dikeluarkan zakatnya bila terjumpa atau dijumpa. Tidak ada tempoh waktu (haul). Harta ini perlu menemui dengan kadar wang sebanyak 85 gram emas atau 595 gram perak dengan kadar zakat adalah 2.5% dari jumlah keseluruhan harta tersebut.

2. Rikaz;

Wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 20% atas harta tersimpan atau harta karun yang dijumpai jika melebihi kadar wang sebanyak 85gram emas.