Emas

Definisi;

Emas yang diwajibkan zakat adalah dari jenis emas tulen samada dalam bentuk jongkong, bijih, wang, perkakas atau perhiasan rumah serta barang – barang kemas atau perhiasan seperti cincin, gelang, rantai dan seumpama dengannya.

Zakat emas terbahagi kepada dua bahagian :-

  1. Emas Pakai
    Emas yag dipakai sebagai perhiasan walaupun hanya sekali dalam tempoh setahun (Hijriah)
  2. Emas Simpan
    Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun (Hijriah)
    * Bagi emas yang bercampur dengan perkara yang lain seperti batu permata dan seumpama denganya atau emas putih akan dikira zakatnya mengikut peratusan emas tulen sahaja.

Kaedah Kiraan :

  1. Emas Pakai wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut melebihi uruf (nilai kebiasaan pemakaian setempat). Kadar Uruf bagi negeri Pahang ialah 500 gram. Kadar zakatnya adalah 2.5% dari jumlah keseluruhan nilai emas tersebut.
  2. Emas Simpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram / 25 mayam. Kadar zakatnya ialah 2.5% atas nilai keseluruhan emas tersebut.

Perak

Definisi;

Perak yang diwajibkan zakat adalah dari jenis perak tulen samada dalam bentuk jongkong, bijih, wang, perkakas atau perhiasan rumah serta barang – barang kemas atau perhiasan seperti cincin, gelang, rantai dan seumpama dengannya.

Kaedah Kiraan :

Perak wajib dikeluarkan zakat apabila beratnya menyamai atau melebihi 595 gram / 176 mayam. Kadar zakatnya adalah sebanyak 2.5% daripada nilai keseluruhan perak tersebut.