Nisab ialah kadar harta yang telah ditentukan oleh Syara’ di mana sesuatu harta itu tidak dikenakan zakat sekiranya tidak sampai kadar yang telah ditentukan. Ia juga adalah paras minima pemilikan sesuatu harta yang menyebabkan seseorang itu wajib mengeluarkan zakat. Bagi kebanyakan harta, nisabnya ialah nilai 85 gm emas pada harga semasa.