PEKAN. 13 Mei 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi sebuah keluarga asnaf di Kampung Pahang Tua. Hadir bersama Penghulu Mukim Pahang Tua dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pahang Tua. Suaminya bekerja kampung dan mengidapi penyakit kulit serta isterinya bekerja di sebuah kilang, manakala terdapat anak mereka yang masih bersekolah dan belum bersekolah. Bantuan akan disalurkan bersesuaian dengan keperluan keluarga ini.