JENGKA. 03 Mei 2019 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Jengka telah mengadakan program ambang ramadhan
di perkampungan orang Asli Sg. Bangkong, Jengka. Program ambang ramadhan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan dengan ibadah puasa. Program ini juga adalah tujuan untuk memantapkan lagi akidah Islam terhadap muallaf khususnya masyarakat org asli.

Dalam masa yang juga pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Jengka turut mengadakan sesi soal jawab berkaitan dengan ibadah puasa serta memberi hadiah kepada sesiapa yang dapat menjawab soalan.

Program ini juga dapat kerjasama daripada Pejabat Agama Islam Daerah Jengka, Penggerak Masyarakat Orang Asli (JAKIM) serta Guru tenaga briged dakwah. Perjalan progam amat baik sebagaimana yang telah dirancangkan.