JENGKA. 30 April 2019 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Jengka (MUIP) telah melaksankan program jejak asnaf di Felda Jengka 24. Dalam program jejak asnaf tersebut 41 buah rumah telah diziarahi oleh MUIP Jengka.

Program jejak asnaf kali ini turut disertai oleh Pengurus Felda Jengka 24, KKPW Jengka 24, Tok Empat Jengka 24, Ahli Jawatankuasa Masjid dan Pegawai Masjid Felda Jengka 24 serta Ngo daripada Yayasan Zahara.

Program jejak asnaf ini adalah program turun padang oleh MUIP Jengka secara kolaborasi dengan pemimpin setempat bagi memastikan golongan asnaf yang memerlukan dapat disantuni serta mengsyorkan bantuan yang sepatutnya untuk dibantu.