KUALA LIPIS. 18 Mac 2019 – Dua buah sekolah menengah agama Majlis telah di berikan sumbangan bantuan pendidikan oleh Majlis Ugama Islam Pahang pada 18 dan 19 Mac 2019 iaitu Sekolah Menengah Agama Padang Tengku dan Madrasah Al-Taufikiah Al-Basriah Tanjung Besar.
Seramai 109 pelajar dari Madrasah Al-Taufikiah Al-Basriah Tanjung Besar dan 638 pelajar dari Sekolah Menengah Agama Padang Tengku menerima bantuan pendidikan MUIP.
Bantuan pendidikan yang diberikan adalah wang sebanyak rm 100 setiap seorang dan disempurnakan oleh Pegawai Agama Islam dan kakitangan MUIP cawangan Lipis bersama tenaga pengajar sekolah.
Diharapkan kepada para pelajar dapat memanfaatkan bantuan ini dan memberi semangat untuk terus menuntut ilmu.