PEKAN. 22 Mac 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi Puan Asmayatul Akmamussoba Binti Abdul Samat yang mengidap penyakit barah tahap empat di Felda Chini 2. Beliau kini sedang menjalani rawatan dan dibawah pantauan pihak hospital serta akan menjalani beberapa kimoterapi yang akan dilakukan bagi rawatan barah tersebut. Suaminya bekerja sebagai Pengawal Keselamatan dan mempunyai empat orang anak dibawah tanggungan. Pentadbiran ini akan membantu keperluan yang diperlukan kepada beliau terutamanya di dalam tempoh menjalani rawatan.