RAUB. 21 Mac 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Raub telah menyampaikan sumbangan Bantuan Zakat Pendidikan kepada 412 orang pelajar di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong dan juga kepada 394 orang pelajar di Sekolah menengah Agama Al-Falah Batu Talam,Raub.Bantuan tersebut talah disampaikan oleh ustaz Mohamad Razef Bin Hussain selaku Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Ugama Islam Pahang Cawangan Raub.Sumbangan zakat pendidikan diagihkan adalah bertujuan untuk membantu para pelajar bagi menampung perbelanjaan persekolahan serta dapat meringankan bebanan ibu bapa dalam perbelanjaan anak-anak.Semoga para pelajar dapat memanfaatkan bantuan kewangan tersebut dengan sebaiknya.