ROMPIN. 10 Januari 2019 – Seorang saudara baharu dari Kampung Orang Asli (KOA) Kedaik, Muadzam Shah, Rompin pada hari ini telah memilih Agama Islam sebagai cara hidupnya. Beliau telah disyahadahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Daerah Rompin di Pejabat MUIP Cawangan Daerah Rompin. Saudara baharu ini akan diletakkan di bawah bimbingan Guru Briged Dakwah Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang telah dilantik serta diletakkan juga dibawah pengawasan dan bimbingan bersama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rompin, serta Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM, daerah Rompin. Semoga Allah S.W.T memberikan Taufiq dan Hidayah-Nya kepada Saudara Baharu ini untuk terus kekal di dalam Agama Islam serta mendalami dan menghayati ajaran Islam sehingga ke akhir hayat beliau.