PEKAN. 09 Januari 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyampaikan Bantuan Modal Peralatan berbentuk 1 Unit Mesin Jahit Tepi Industri kepada Encik Wan Zaidi Bin Muhamad di Taman Perdana Peramu. Bantuan peralatan ini diharapkan dapat membantu beliau menjana pendapatan bagi menampung keperluan harian mereka sekeluarga. Bantuan modal dan peralatan juga merupakan antara bentuk bantuan yang disediakan bagi golongan asnaf yang berkelayakkan bagi membantu usaha menambahkan pendapatan selain daripada bantuan sara hidup yang boleh dipohon.