ROMPIN. 08 Januari 2019 – Seorang saudara baharu dari Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Mok, Rompin pada hari ini telah memilih Agama Islam sebagai cara hidupnya. Beliau telah disyahadahkan oleh Pegawai Dakwah MUIP Cawangan Daerah Rompin di rumahnya di KOA Sungai Mok. Saudara baharu ini akan terus dibimbing oleh Guru Briged Dakwah Majlis Ugama Islam Dan adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang telah dilantik dan juga dibawah pengawasan bersama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rompin, serta Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM, daerah Rompin. Semoga Allah S.W.T memberikan Taufiq dan Hidayah-Nya kepada Saudara Baharu ini untuk terus kekal di dalam Agama Islam serta mendalami dan menghayati ajaran Islam sehingga ke akhir hayat beliau.