PEKAN. 02 November 2018 – Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Dan Iqra’ 2018 melibatkan seramai dua puluh tujuh orang para pelajar dan empat orang daripadanya Khatam Al-Quran. Selain daripada itu juga diadakan Majlis Penghargaan kepada para guru yang telah menamatkan khidmat di Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan. Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. Program ini diadakan bagi menghargai para pelajar yang telah berjaya khatam Al-Quran dan Iqra’ serta sebagai peransang kepada para pelajar yang lain untuk berusaha mencapai kejayaan yang sama dan lebih cemerlang.