PEKAN. 02 November 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Pekan telah menziarahi dan menyampaikan bantuan bencana kepada dua orang mangsa ribut di Daerah Pekan. Penerima pertama ialah Puan Latifah Binti Latif beralamat di Kampung Baru Batu Sembilan dan penerima kedua ialah Encik Radzali Bin Sulaiman beralamat di Kampung Kelat Rendang. Dalam kejadian ribut dan angin kencang yang berlaku tiada sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan penghuni-penghuni rumah dan hanya melibatkan kerosakkan struktur rumah sahaja. Bantuan telah disalurkan bagi meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa-mangsa yang terlibat.