TEMERLOH. 25 Oktober 2018 – Tadika Pintar Al Quran Daerah Temerloh telah mengadakan Lawatan Kembara Ilmu ke Homestay Sungai Haji Dorani, Kuala Selangor pada khamis. Kembara tersebut merupakan aktiviti tahunan TPQ bagi meluaskan pengalaman dan menimba lebih ilmu serta menguji fizikal dan mental buat dalam melahirkan murid murid yang kuat dan sihat selari dengan tuntutan agama Islam. Kembara ini disertai oleh 40 orang yang terdiri daripada murid murid, penjaga, guru guru dan urusetia Muip Cawangan Temerloh. Mula bertolak ke Kuala Selangor dari Tadika seawal jam 5.00 pagi dan tiba ke destinasi pada jam 10.00 pagi. Antara aktiviti yang disediakan disana antara lain ialah melawat kilang IKS membuat kerepek, biskut, nata di coco dan pembuatan minyak kelapa dara. Selain itu murid murid juga dapat menimba ilmu dengan mencanting batik, menumbuk padi, bermain layang layang, mengagau ikan di bendang sawah dan mandi manda di kolong. Semua murid murid, penjaga dan guru sangat terujadan sangat gembira melakukan aktiviti yang disediakan kerana ini pengalaman baru yang belum pernah mereka lakukan sebelumya. Kembara ini berakhir pada lewat petang dan semua peserta rombongan pulang dan sampai ke Temerloh pada jam 12.00 malam.