ROMPIN. 30 Oktober 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah mengadakan satu Program Ziarah Dakwah dan Ramah Mesra ke Kampung Orang Asli (KOA) Kerpal dan Pinang. Sebanyak 230 buah keluarga masyarakat Orang Asli di perkampungan ini telah diziarahi dalam Program kali ini. Program ini merupakan salah satu inisiatif MUIP Cawangan Rompin ke arah memperkenalkan dan mendekatkan masyarakat Orang Asli di daerah Rompin kepada Agama Islam. Program ini turut mendapat kerjasama dari Batin serta JKKK Kampung Orang Asli Kerpal dan Pinang, Persatuan Pelajar Islam Kolej Komuniti Rompin, Guru Briged Dakwah MUIP Rompin, serta Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rompin. Semoga Allah S.W.T memberi hidayah-Nya kepada masyarakat Orang Asli di kampung ini.