PEKAN. 20 Ogos 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan hari ini telah menyaksikan dua orang wanita asli dari Perkampungan Orang Asli Simpai melafazkan syahadah menganut Agama Islam. Menurut keduanya, keputusan untuk menganut Agama Islam ini adalah didorong oleh naluri hati tanpa ada gesaan atau paksaan daripada mana-mana pihak setelah tertarik melihat kehidupan beberapa penduduk kampung yang telah beragama Islam. Kegembiraan jelas terpancar diraut wajah mereka dan kesyukuran dilafazkan serta menyatakan perasaan sangat teruja terutamanya buat kali pertama akan menyambut Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelma. Muallaf yang baru menganut Agama Islam akan dipimpin dan diajar Ilmu Agama oleh Guru Briged Dakwah yang telah dilantik oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.