PEKAN. 20 Ogos 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan berkesempatan menziarahi dan menyampaikan bantuan bencana di Kampung Permatang Durian 2 Merchong. Tiga buah rumah kediaman telah mengalami kerosakkan akibat ribut yang telah melanda pada 16 Ogos,2018 sekitar jam 10.00 malam. Namun begitu tiada kemalangan dan kecederaan yang dilaporkan berlaku kepada penghuni rumah – rumah terlibat. Turut hadir bersama ketika bantuan disampaikan ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Merchong. Bantuan ini diharapkan dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mangsa terutama disaat membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tiba hanya beberapa hari sahala lagi.