ROMPIN. 16 Ogos 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Rompin telah mengadakan Program Jejak Asnaf bertempat di Kampung Pianggu dan Kampung Kasing , Rompin. Program secara berkala ini diadakan bagi menjejaki golongan asnaf di kawasan berkenaan serta melihat bentuk bantuan yang boleh disalurkan untuk meringankan bebanan mereka. Sebanyak 20 keluarga telah diziarahi dalam program pada kali ini. Program kali ini turut mendapat kerjasama dari JKKK Kampung Pianggu.