ROMPIN. 15 Ogos 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah menyerahkan bantuan peralatan kepada Asnaf Puan Intan Suhana Binti Abdullah, dari Kampung Orang Asli Batu 8,Rompin. Beliau merupakan saudara Muslim Orang Asli dan telah memeluk Agama Islam kira-kira 15 tahun yang lalu. Beliau telah mengikuti dan menamatkan kursus kemahiran dalam bidang jahitan dan berhasrat untuk mengambil tempahan jahitan namun tidak dapat berbuat demikian memandangkan beliau tidak memiliki mesin serta peralatan menjahit. Beliau telah menerima bantuan peralatan berupa Mesin Jahit Industri dan Kelengkapan Jahitan bernilai RM 1600. Semoga dengan bantuan ini dapat membantu beliau untuk menjana pendapatan seterusnya mengeluarkan beliau dari golongan asnaf fakir dan miskin.