ROMPIN. 12 Jun 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah menyerahkan bantuan peralatan kepada 2 Orang penerima iaitu Encik Abdul Hamid Bin Ismail dari Kampung Pantai Bernas serta Encik Roslan Bin Ab Latif dari Kampung Perepat. Encik Abdul Hamid menerima bantuan berupa mesin pengadun 6.7 Liter serta Mesin membuat Mee bernilai RM 1260 manakala Encik Roslan pula menerima bantuan peti sejukbeku bernilai RM 950, menjadikan nilai keseluruhan bantuan berjumlah RM 2210. Semoga dengan bantuan ini dapat membantu kedua-dua orang penerima meningkatkan pendapatan harian bagi menampung keperluan harian mereka bersama keluarga masing-masing. Diharapkan juga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk keluar dari belenggu kemiskinan.