CHENOR. 11 Jun 2018 bersamaan 26 Ramadan 1439H – Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Zakat Kepada Golongan Memerlukan anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang disampaikan oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan selaku Timbalan Yang Dipertua. Berlangsung di Masjid Jamek Chenor melibatkan penyampaian sumbangan wang tunai berserta hamper kuih-muih bagi membantu asnaf untuk persiapan menyambut Syawal.

Sebelum pada itu, di sebelah paginya beliau terlibat dalam penyampaian sumbangan sempena Program Ziarah Prihatin Pesakit Hospital Daerah Pekan. Program seumpama ini adalah program ziarah hospital kali ke-3 anjuran oleh Majlis Ugama Islam Pahang dalam bulan Ramadan ini selepas Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Justeru, menerusi penganjuran program ini dapat berkongsi masalah kesihatan yang dihadapi pesakit serta meringankan beban mereka dengan penyampaian bantuan wang tunai berserta hamper kuih-muih.