ROMPIN. 24 April 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah menyempurnakan penyerahan bantuan peralatan kepada asnaf , En. Mohamad Husni Bin Shahdan dari Jalan Garong, Kampung Sarang Tiong. Penerima menerima bantuan berupa mesin jahit tepi yang bernilai RM 2600. Bantuan seumpama ini diberikan kepada golongan asnaf bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka seterusnya mengeluarkan mereka dari golongan asnaf dan belenggu kemiskinan.