ROMPIN. 20 April 2018 – Tadika Pintar Al-Qur’an MUIP Rompin telah menganjurkan Majlis bacaan Yasin dan ramah mesra bersama ibubapa pelajar. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara ibubapa, pelajar, guru serta kakitangan Tadika Pintar Al-Qur’an MUIP Rompin. Majlis dimulai dengan bacaan Surah Yasin serta tahlil ringkas, Tazkirah Isra’ Mi’raj, Solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan ringan. Majlis ini telah dihadiri oleh kira-kira 80 orang terdiri dari ibubapa, pelajar, guru, serta kakitangan Tadika Pintar Al-Qur’an MUIP Rompin.