TEMERLOH. 19 April 2018 – Penduduk kampung orang asli Sungai Enggang Kuala Gandah Lanchang telah di santuni oleh Pegawai pegawai dari Muip Cawangan Temerloh dan Pejabat Agama Islam Temerloh. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan persaudaraan masyarakat orang asli yang islam mahupun yang bukan islam. Pihak urusetia menziarahi serta menyantuni masyarakat orang asli dari rumah ke rumah dengan bertanyakan khabar serta menyampaikan sedikit bantuan berupa hamper kepada setiap keluarga. Seramai 40 keluarga telah di ziarahi dalam program ini yang bermula pada jam 12:00 tengah hari dan berakhir jam 3:00 petang. Program ini turut disertai oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA JAKIM), Pembantu Penggerak serta masyarakat kampung yang berugama Islam dan bukan Islam.