MARAN. 17 April 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP ) Cawangan Maran telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Jawatankuasa Masjid Kariah Daerah Maran bagi tahun 2018.Majlis ini mendapat kerjasama daripada Pejabat Agama Islam Daerah ( PAID ) Maran.Kursus pada kali ini telah melibatkan seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada Pengerusi,Timbalan Pengerusi,Setiausaha,Bendahari dan Imam yang mewakili 25 buah masjid kariah yang terdapat dalam Daerah Maran.Majlis bermula jam 9.00 pagi dimulakan dengan Ceramah pertama bertajuk Peranan Jawatankuasa Masjid Dalam Membentuk Biah Solehah yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Rizzal Bin Ali Nafiah Al-Fadhil Qhadi Daerah Maran.Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada wakil setiap masjid kariah yang hadir.Majlis kemudian diteruskan lagi dengan pengisian slot kedua yang bertajuk Fungsi dan Bidang Tugas Jawatankuasa Masjid yang disampaikan oleh Ustaz Mohd azahari Bin Md Saad merupakan Pegawai Hal ehwal Islam MUIP Cawangan Maran.Majlis berakhir pada jam 1.00 tengahari.