PEKAN. 18 Januari 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyerahkan bantuan sebuah Enjin Bot Suzuki 15HP kepada Encik Ismail Bin Awang dari Kampung Pulau Rumput, Pekan. Bantuan ini diluluskan bagi membantu pemohon dalam mencari pendapatan harian bagi menanggung diri dan keluarganya. Moga dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh pemohon.