PEKAN. 16 Januari 2018 – Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Temai dan SK Acheh yang menempatkan kira-kira 102 mangsa banjir terdiri daripada 35 buah keluarga menerima kunjungan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Baginda berangkat bercemar duli untuk melawat berserta mengurniakan sumbangan bantuan wang tunai daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Keseluruhan bantuan pada hari ini yang dikurniakan kepada mangsa-mangsa banjir berjumlah RM7,000.00.