ROMPIN. 15 Januari 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah menziarahi asnaf, Miswati Binti Md Nor, 65 di rumahnya di Kampung Sabak, Rompin. Beliau tinggal di rumahnya seorang diri, serta tidak lagi mampu untuk bekerja akibat penyakit sakit lutut, kencing manis, serta darah tinggi yang beliau hidapi. Beliau tidak mempunyai zuriat manakala adik-beradiknya yang lain tinggal berjauhan, serta mempunyai kehidupan yang sangat sederhana dan tidak mampu untuk membantu beliau terutamanya dari segi kewangan. Kini, beliau hanya bergantung harap kepada wang simpanan peribadi yang tidak seberapa hasil simpanannya sewaktu beliau masih mampu bekerja dahulu, disamping bantuan dari jiran-jiran tetangga serta individu yang berbentuk kewangan dan barangan keperluan harian untuk meneruskan kehidupan beliau. Beliau juga merupakan penerima bantuan tahunan Hari Raya Aidilfitri MUIP bagi golongan asnaf Fakir dan Miskin pada tahun 2017. Bantuan yang sewajarnya akan dipertimbangkan kepada beliau.