KUANTAN. 2 Januari 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang berangkat bercemar duli melawat ke tiga buah Pusat Pemindahan Banjir di daerah Kuantan iaitu Dewan Orang Ramai Sri Damai, SMK Pandan dan SK Fakeh Abdul Samad. Turut mengiringi baginda Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan anakanda Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Baginda selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang berkenan mengurniakan bantuan Majlis kepada mangsa-mangsa banjir. Bantuan yang dikurniakan berjumlah RM38,600.00 kepada 193 keluarga.