Zakat4Pengajian adalah merupakan satu inisiatif bagi memudahkan umat Islam negeri Pahang untuk memohon bantuan zakat dari Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang secara atas talian (On-Line). Zakat4Pengajian ini dapat menyediakan pelbagai jenis bentuk bantuan zakat untuk dimohon oleh pengguna serta lebih mudah untuk menyemak status permohonan yang dihantar.

Bagi pengguna-pengguna sedia ada e-Dermasiswa Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang, pendaftaran pengguna baharu adalah TIDAK PERLU dan boleh terus menggunakan sistem Zakat4Pengajian.

Antara bentuk bantuan yang dapat dibuat daripada Zakat4Pengajian adalah seperti Bantuan Dermasiswa Pelajaran IPT/Pondok, Tambang Belajar Pergi/Balik, Saguhati Penghafaz Al-Quran dan Bantuan Awal Ke IPT.

Bagi pengguna baharu, sila lihat Panduan Penggunaan Zakat4Pengajian.

Panduan Penggunaan

Permohonan Zakat4Pengajian

Permohonan Bantuan Tambang Belajar LUAR NEGARA

Syarat Kelayakan : 

  1. Beragama ISLAM.
  2. Rakyat Negeri PAHANG atau Pemastautin Negeri PAHANG;
  3. SARJANA MUDA dalam bidang PENGAJIAN ISLAM atau PERUBATAN sahaja
  4. Hanya kepada negara-negara seperti berikut :- Mesir, Morocco, Jordan, Sudan, Afrika dan Indonesia sahaja.
  5. Perlu mengemukakan TIKET ASAL tambang pelajar.
  6. Bagi Tuntutan Tambang PERGI, perlulah mengemukakan surat tawaran pengajian atau bagi Tuntutan Tambang BALIK, perlulah       mengemukakan keputusan akhir dan perakuan tamat belajar;
  7. Tuntutan hendaklah tidak melebihi DUA (2) tahun selepas pendaftaran pengajian/selepas tamat pengajian.

Permohonan Bantuan Awal Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)

Syarat Kelayakan :

  1. Beragama ISLAM
  2. Rakyat Negeri PAHANG atau Pemastautin Negeri PAHANG.
  3. LAYAK dibuat dalam TAHUN SEMASA surat tawaran KECUALI SARJANA/PhD.
  4. Telah mendapat tawaran ke IPT bagi bidang seperti berikut:
    1. DIPLOMA SEPENUH MASA ;
    2. SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA/TIDAK SEPENUH MASA/PJJ ;
    3. SARJANA SEPENUH MASA atau TIDAK SEPENUH MASA ;
    4. PhD SEPENUH MASA atau TIDAK SEPENUH MASA.
  5. TIDAK pernah mendapat BANTUAN yang SAMA daripada MUIP