RAUB. 12 Mac 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Raub dengan kerjasama Encik Badrul Hisam Bin Mohamed Nor iaitu Tok Amil kawasan tersebut telah mengadakan Program Jejak Asnaf Siri 2/2020 di Kampung Sengkela Raub bagi menyerahkan bantuan zakat kepada penerima-penerima yang telah dikenal pasti. Sebanyak 15 buah rumah telah diziarahi dan dipertimbangkan bantuan zakat yang sewajarnya. Program Jejak Asnaf ini antara pendekatan turun padang bagi menyantuni golongan asnaf secara terus dan melihat sendiri keperluan golongan asnaf yang memerlukan bantuan selayaknya. Program ini dilakukan secara berkala bagi menjejaki golongan asnaf dan melihat jenis bantuan yang boleh disalurkan agar dapat meringankan bebanan yang ditanggung.