KUALA LIPIS. 19 Februari 2020 – Bagi mengenal pasti serta membantu asnaf-asnaf di daerah Lipis,khususnya di Kampung Serau,Jelai,satu program iaitu Jejak dan Ziarah Asnaf telah dilaksanakan oleh MUIP cawangan Lipis,dengan kerjasama Ketua Kampung Serau serta JKM daerah Lipis.
Sekitar jam 10.30 pagi,pihak urusetia telah berkumpul dan meneliti senarai nama-nama asnaf yang bakal diziarahi.
Ketua kampung Serau,Encik Zainudin bin Awang telah menyenaraikan sekitar 15 asnaf yang terpilih,setelah di teliti dan di fikirkan layak menerima bantuan zakat.
Pelbagai latar belakang asnaf yang berjaya diperoleh antaranya
ada di kalangan asnaf ini yang menyara anak yang ramai tetapi berpendapatan kecil dan telah uzur,ada juga yang terlantar sakit sehingga tidak mampu bekerja menyara keluarga.
Kunjungan MUIP,ketua kampung dan JKM mendapat sambutan dan kerjasama yang baik dari keluarga-keluarga asnaf dan mereka gembira kerana keadaan hidup mereka mendapat perhatian orang ramai.
Tujuan diadakan program ini,adalah untuk mengenal pasti dan bermesra dengan golongan-golongan asnaf yang layak,serta mengambil perhatian dan membantu golongan-golongan ini dengan bantuan yang sesuai dengan kaedah ziarah dan ramah mesra.