TEMERLOH. 19 Februari 2020 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah mengadakan Program Ramah Mesra dan Pemantapan Akidah kepada Masyarakat Orang Asli Muslim koa Lubok Wong, Kuala krau di Surau Indera Pahlawan, Koa Lubok Wong. Program ini diadakan bertujuan memantapkan lagi pemahaman pengetahuan Islam kepada masyarakat orang orang asli muslim dan juga bagi merapatkan ukhuwah silaturrahim bersama mereka. Antara pengisian program ini adalah tayangan Video berkenaan perjuangan Islam dan para sahabat di era khulafah dan zaman era mendatang. Selain itu pihak Muip juga telah mengadakan kuiz pemantapan akidah, cabutan bertuah dan mengagihkan hamper kepada setiap keluarga Islam yang hadir juga kepada beberapa orang kampung yang bukan beragama Islam yang turut hadir memeriahkan program tersebut. Alhamdulillah, seorang daripada masyarakat bukan Islam telah memeluk dan melafaz syahadah dalam program tersebut. Program turut dijayakan oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli ( Jakim ), dan Pembantu Penggerak Orang Asli Tajaan Muip dan Yayasan Pahang.