CAMERON HIGHLANDS. 04 Februari 2020 – MUIP Cameron Highlands bersama Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands telah menjalankan satu program di Surau KOA Rantau, Pos Menson. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong menceriakan Surau Kampung Rantau, sukan rakyat, solat berjemaah dan jamuan makan malam bersama penduduk kampung. Turut serta dalam program berkenaan PMOA JAKIM dan PPMOA yang banyak membantu sepanjang program dijalankan. Ceramah agama juga telah disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz Muhammad Hasroy bin Mohammad Akhir dalam bahasa semai.