CAMERON HIGHLANDS. 06 Februari 2020 – MUIP Cameron Highlands berkesempatan menziarahi beberapa keluarga islam dan tidak islam di Perkampungan Asli Lemoi dan Telimau. Beberapa sumbangan berupa barangan dapur dan hamper turut disampaikan kepada ketua keluarga berkenaan. Turut membantu bersama dalam misi ziarah dan dakwah ini adalah sahabat Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM dan Pembantu Penggerak Masyarakat Asli. Ziarah dakwah ini dilaksanakan selama 2 hari 1 malam bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dan membantu golongan islam yang memerlukan.