KUALA LIPIS. 21 Januari 2020 – Program Gotong-Royong Perdana anjuran Pejabat Agama Islam daerah Lipis dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Pahang cawangan Lipis,Daie Belantara,YB Adun Padang Tengku,NGO-NGO dan juga Jabatan-jabatan kerajaan di daerah Lipis telah berjaya dilaksanakan pada 22 Januari 2020 bertempat di perkampungan orang asli Benchah Kelubi,Merapoh.
Berkumpul di kawasan yang telah ditetapkan pada jam 9.00 pagi dan dimulakan dengan pembersihan kawasan surau dan gelanggang sepak takraw.
Baik pulih juga dilakukan dengan menampal simen pada gelanggang sepak takraw memandangkan kondisi gelanggang tersebut kurang sempurna seperti menggerutu dan permukaan lantai yang tidak rata.
Surau di KOA Benchah Kelubi ini menjadi tempat pembelajaran agama islam yang dikendalikan oleh briged dakwah lantikan MUIP dan sehingga ke hari ini,kelas tersebut masih berjalan seperti biasa.
Seterusnya pembersihan semak samun,longkang,serta sampah sarap di kawasan perumahan penduduk sekitar jam 11.30 pagi.
Majlis penutup dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Mustapa Long selaku Adun Padang Tengku dengan ucapan aluan serta penyampaian hadiah Pertandingan Sepak Takraw yang dilangsungkan pada ahad 19 Januari lalu dan hamper keperluan dapur kepada penduduk orang asli Benchah Kelubi sumbangan Majlis Ugama Islam Pahang.
Yang Berhormat dalam ucapannya mengharapkan masyarakat orang asli lebih ke depan dan berlumba-lumba dalam mempelajarai ilmu setanding dengan masyarakat melayu dan berusaha memajukan masyarakat kaum asli pada masa akan datang.