CHENOR. 17 Januari 2020 – CHENOR – Bantuan dan sumbangan dari MUIP dapat memudahkan urusan perniagaan dan motif utamanya dapat mengimbangi kos sara hidup bagi penerima bantuan. Segelintir mereka mempunyai bakat dan kemampuan menjana pendapatan melalui daya usaha mereka. Oleh itu bantuan mesin atau peralatan dapat menjadi pencetus dalam usaha mereka menghasilkan produk tersendiri.

Ternyata pantauan dan siasatan terhadap sumbangan peralatan niaga ini tidak menghampakan. Mereka mampu menghasilkan produk sejukbeku serta dapat keluarkan hasil tani yang menggalakkan. Hal ini memudahkan janaan terhadap sumber pendapatan mereka .

Kelak usaha ini dapatlah menjadi dorongan bagi mereka untuk melangkah lebih jauh dalam bidang perniagaan. Selain mererima suntikan zakat, dengan harapan dapat menjadi penyumbang zakat pula suatu hari nanti.