PEKAN. 16 Januari 2020 – BERA – Pemantauan pertama kali di Bera tahun ini fokusnya adalah untuk mencari asnaf yang aktif dalam menjahit. Mereka yang diberi bantuan mesin jahit digalakkan untuk menjadikan ia sebagai medium untuk menjana pendapatan sebagai saraan hidup.

Mereka yang dapat bantuan peralatan ini jika tidak menjadi pendapatan tetap sekalipun, pendapatan dari usahajaya dalam jahitan ini mampu untuk menampung kos-kos kecil dalam membesarkan anak-anak.

Mereka yang betul-betul fokus dalam bidang jahitan pula tampak selesa dengan minat yang mereka ceburi. Hasil dari bantuan peralatan ini dapat memajukan perniagaan mereka sehingga tidak putus tempahan dari pelanggan yang mula mengenalinya. Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban usahawan asnaf negeri Pahang serta mampu menjadi contoh kepada kelompok asnaf-asnaf yang lain.