CAMERON HIGHLANDS. 20 Januari 2020 – Pejabat MUIP Cameron Highlands telah mendapat berita baik berkenaan pengislaman 5 orang saudara baharu dikalangan orang asli pada bulan Januari. Antaranya ialah saudara Nazri A/L Yusuff berumur 28 tahun, Norsyahira binti Long 18 tahun, Muhammad Suhaidi bin Hassan 23 tahun dan Muhammad Maderi berumur 18 tahun. Kesemuanya telah dibukakan hatinya dengan rela hati kembali ke agama fitrah. Mudah-mudahan keimanan dan ketaqwaan kita doakan kepada mereka semua dalam menjalani kehidupan sebagai muslim yang taat.