ROMPIN. 16 Januari 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyampaikan bantuan peralatan kepada seorang asnaf di daerah ini, iaitu Puan Kanisah Binti Mohamad dari Kampung Pianggu, dimana beliau telah menerima sebuah Oven 100 Liter jenama Morgan dan sebuah mesin pengadun 4 liter jenama Sharp, untuk memulakan perniagaan kuih-muih secara kecil-kecilan. Keseluruhan bantuan yang disampaikan bernilai RM 1540. Semoga bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh asnaf berkenaan untuk meningkatkan pendapatan beliau demi untuk memenuhi keperluan diri serta tanggungan beliau.