KUALA LIPIS. 14 Januari 2020 – Gerak kerja dakwah diteruskan lagi dan kali ini di perkampungan orang asli Sungai Tementong.
Bermula dengan solat zohor berjemaah bersama penduduk kampung dan sesi penerangan perjalanan program seusai solat oleh Ustaz Rosli,wakil dan juga selaku urusetia program.
Program ziarah dan pemantapan akidah anjuran MUIP Lipis ini disertai Pejabat Agama Islam Lipis,PPMOA,PMOA,serta Daie Belantara.
Selepas sesi penerangan,program dihiasai dengan majlis akad nikah dan perkahwinan satu pasangan asli yang mana pengantin lelaki tersebut merupakan anak kepada tok batin KOA Sungai Tementong.
Dihadiri kurang 100 penduduk tempatan sepanjang program dijalankan dan sudah tentunya acara sukaneka adalah yang paling mendapat sambutan di kalangan penduduk Sungai Tementong.
Kesemua penduduk orang asli di Sungai Tementong ini adalah beragama islam sejak dahulu lagi dan alhamdulillah mereka masih lagi berpegang pada ajaran agama islam turun temurun sehingga ke hari ini.
Antara pengisian program dakwah ini solat berjemaah,tazkirah ringkas,sukaneka,LDK kefahaman islam serta jamuan makan malam bersama penduduk.
Diharapkan program seperti ini sentiasa mendapat sokongan dari semua pihak dan berkekalan agar usaha dakwah ini tidak terhenti dan agama islam akan terus tersebar ke pelosok dunia.