ROMPIN. 14 Januari 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyampaikan bantuan peralatan kepada seorang asnaf di daerah ini, iaitu Encik Mohd Dani Bin Kassim dari Kampung Sungai Puteri, dimana beliau telah menerima bantuan berupa peralatan-peralatan seperti payung empat segi, balang air, periuk kukus, gas cooker, serta tong gas untuk memulakan perniagaan jagung beliau secara kecil-kecilan. Keseluruhan bantuan yang disampaikan bernilai RM 970. Semoga bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh asnaf berkenaan untuk meningkatkan pendapatan beliau demi untuk memenuhi keperluan diri serta tanggungan beliau.